Sunday 9 December 2012

Cinta Kerana Allah

Siapa masih ingat akan skrip dalam " Syurga Cinta" ? Jodoh itu terbahagi kepada 3 :
Jodoh Dari Syaitan
Lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut. 

Pasti cinta ini bukan dikhendaki kita kan? tetapi masih terdapat individu yang masih terperangkap dengan godaan syaitan. Bagi aku, sekiranya individu tersebut meletakkan target yang betoi dalam perhubungan, In Sha Allah mereka tak akan terjerumus ditambah pula iman dan taqwa. Kalau dari awai memang target dah main-main, last2 memang bunting lah jawabnya. So gugurl, tak payah lah ternoda dengan mulut manis lelaki, berdasarkan pengalaman aku dengan macam-macam kawan lelaki, kadang-kadang lelaki ni dia anggap cabaran untuk tackle perempuan, ada juga hanya untuk main-main dan lastly hanya melampiaskan nafsu sahaja dan ada jugak tackle perempuan sebab kawan cabar mungkin bet. Nampak x perempuan? Sehebat mana pun lelaki, mata mereka masih memandang wanita cantik lain, bezanya macam mana lelaki tu kawal hati. Contoh, " Wush cun nak mampoih awek tuuuuuu..kalau aku dapat, hurmmm konpem x dapat.. X boleh2, aku hanya setia pada si dia ". Mungkin juga, " Harap muka lawa tapi macam ha**m, kekasih aku lagi baguih tutup aurat". Ada pula yang " Syukurlah aku ada si dia cukup memahami, kalau aku pilih sebab lawa memang paieee lah aku suma pakat dok ligan dia .. So aku kena setia". Nasihat untuk perempuan, mahal-mahalkan lah harga diri anda, biarlah yang paling layak sahaja memiliki cinta anda okeh ;)
Jodoh Daripada Jin
Lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

Senang ja aku nak bagitau, segala gambar di laman sosial x payah lah uplod dengan teruja sangat, sebab apa ada juga hat pesyen main secara haluih ni. Macam-macam depa boleh buat, minyak senyonyong/minyak dagu. Ni bukan takat hat kapel2 wey, sampai melarat pasangan yang dah berkahwin pun kena. Jadi, kita semua tak kira lelaki atau perempuan sepatutnya dekatkan diri dengan Allah dan perlu untuk ada amalan pelindung diri. Moga semua dilindungi Allah.

Koleksi gambar bersama ayah angkat, Ustaz Fadhil Kuala Ketil :

Simbol untuk jadikan lelaki/perempuan jadi tergila-gilakan kepada si pembuat.

Dibuat oleh bomoh siam , penutup botol berlambangkan teratai.
Minyak senyonyong/minyak dagu/minyak pengasih : Hanya sapu kepada individu tersebut, dan kesannya  mangsa lupa dunia, tidak sedarkan diri dan tergilakan si pelaku.
Dikatakan minyak ni penuh bila bulan purnama. Wallahhu'alam

Simbol penyimpul nafsu. Suami Isteri akan bergaduh dan tidak bersama.

Diperbuat daripada lilin sebagai simbol badan manusia, dan dicucuk jarum peniti, dibaluti oleh kain yang  bertulisan siam. Kesan, mangsa akan sakit seluruh badan yang teramat sakit.

Jodoh Daripada Allah
Pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Lelaki yang serius akan meminangi wanita yang dicintainya dengan tujuan untuk menjadikan permaisuri hidup.  Lelaki yang serius dia akan menghormati maruah, pendirian dan prioriti wanita tersebut tanpa melakukan perkara mungkar. Terbukti sendiri terjadi kepada kakak sulungku sendiri, bila abang iparku sendiri masa tu baru balik dari Mesir duduk bersebelahan dengan kakak sulungku,pelajar UM (duduk sebelah sebab dulu-dulu xdak single seat) yang balik kampung untuk cuti semester. Masa tu, abang ipar terus bagitau kata p rumah untuk jumpa ibu abah dan kakak sulung aku masa tu terus setuju. Tengok2 memang sungguh abang ipar aku p terus jumpa dan alhamdulillah rentetan perjumpaan tu depa bertunang pada tahun 1999 dan bernikah pada 2001. Sepanjang tali pertunangan, abang ipar aku call dari Mesir hanya bercakap dengan ibu dan abahku sahaja. Abang ipar dan kakak sulung tak pernah dating, dan bila ditanya ( selepas kahwin) dating dan bercinta lebih bahagia dan terasa nikmat sebab ketika itulah bermula saat perkenalan berbeza dengan couple, sudah berkenalan, berdating dan mengehtahui segalanya, jadi bila berkahwin kuranglah nikmatnya. Alhamdulillah tahun 2012 adalah 11 tahun usia perkahwinan depa.

Lebih indah selepas nikah <3





No comments:

Post a Comment