Wednesday 4 May 2011

Mengimbau Memori Changkat Chermin

Dari zaman kanak2 kakak sulung aku lagi, Hanira Farkimie ibu dan abah bawa kami 4 beradik rabat (naik) bas..hanya kerana nak balik kampung halaman sebelah ibu di Kg. Changkat Chermin, Ayer Tawar Perak Darul Ridhuan. Even masa tuh ibu abah susah tapi x penah bagi alasan kt tokwan n tok untk sekali skala balik. Setiap kali kami sekeluarga balik kampung, konpem lah tokwan beli macam2 untuk anak cucu. 

Haji Hasan & Hajjah Aishah


Bila semua balik semestinya gamat rumah tokwan..riuh-rendah gilarr sebab bukan selalu berkumpul. Kenangan masa kecik2 main dengan sepupu..aku seorang saja sepupu lelaki yg besaq sebab sepupu laki yg lain kecik lagi. kami main dengan penuh gelak tawa, makan sama2, mengai kat kolam tokwan n main ndoi (buaian) bawah rumah. Ndoi tu lah paling mengusik jiwa..di situlah tokwan berehat lepas penat bekerja n berkebun sehari suntuk.

Namun, pada 26 Mac 2001 bersamaan 1 Muharram 1422, tok aku Hajjah Aishah telah menghembuskan nafas terakhir. Berita yang sangat mengejutkan sebab time tuh tok sihat wal'afiat. Apakan daya, Allah lebih sayang tok aku. Kemudian, tokwan aku menyendiri n sunyi selama 4 tahun dengan pemergian tok aku ke Rahmatullah. Ajal maut Allah yang tentukan, tepat 9.16 pm 16 Disember 2005 tokwan aku pulak, Haji Hasan meninggal dunia akibat sakit tua. Semua anak, cucu n cicit ada di samping pada saat akhir. Al-Fatihah untuk kedua-dua tokwan dan tok yang sangat aku sayang..




30 Mei 2011..aku balik ke kampung setelah hampir 6 tahun lah aku x balik. Macam2 perubahan tak kira dari segi infrastruktur ka atau apa. Masa dalam keta, mmg terasa nak menitis ayaq mata. rindu di hati hanya Allah sahaja yag tahu.  La ni, rumah tokwan x dapat kami jejak lagi walaupun rumah tuh penuh seribu satu kenangan. Semua ni akibat daripada hamba Allah yang durjana, tamak haloba dan rakus mengejar kekayaan di dunia yang hanya sementara. Hanya kerana duit, hubungan sesama adik beradik terputus dan kasih sayang berubah menjadi dendam. Ya Allah Ya Tuhanku! tabahkanlah hambamu ini menghadapi segala ujian yang Engkau berikan..amin.


2 comments:

  1. Teramat Sedih Dan Pilu Bila Mengimbau Kenangan Lalu kita mase kecik2 kt kampung tu yg hanya tinggal KENANGAN abadi yg tersemat d hati kita semua yg terlibat..

    ReplyDelete