Sejak aku kenal si dia, aku tidak pernah membayangkan hubungan kami sampai tahap macam ni. Masa mula-mula hanyalah niat untuk berkawan
biasa hanyalah niat untuk tolong kalau susah ka apa. Kemudian kami semakin rapat
setiap hari mesej bertanya keadaan masing-masing.. Semakin lama
aku dapat rasakan si dia sifatnya bagaimana,
aku dapat rasa yang si dia ada msalah tetapi si dia ketika itu masih mnyembunyikan daripada
aku. Kemudian akhirnya si dia luahkan juga masalah si dia pada
aku , alhamdulillah si dia berjaya atasi
segala masalah yang mendatang..Sejak saat itulah aku dpt rasakan insan yang aku kenali ini
bukan sebarangan gadis, tetapi cukup kental ada prinsip hidup & cukup berani
sebenarnya walaupun si dia sendri rasa kurang yakin.
Ramadhan mendatang saat itu, aku ajak si dia iftar bersama, masa tu tiada niat "tackle" ka tiada niat nak buat awek ni.. Niatku hanya sebab kwan
sahaja. Memori berbuka puasa bersama si dia aku tidak akan pernah lupa...Alhamdulillah aku syukur sangat atas perubahan si dia untuk berubah kepada yg
lebih baik..Maaflah saat tu
aku tidak faham kerana tidak pernah jangka yang si dia berubah hingga tahap yang macam tu. Lepas perubahan diri si dia,
aku mula azam " Aku mesti hormat si dia sebagai seorang wanita mulia". Sebab itu lah
aku mendiamkan diri lama jugak dan
kebetulan handset tukaq, no si dia pun hilang...Maaf sangat-sangat masa tu takut si dia kcik hati.
Januari, kami macam rapat kembali, dan selalu bagi semangat antara satu sama lain. Memang rasa sangat
selesa dan tenang bercakap dengan si dia. Sampai lah di suatu ketika, si dia meluahkan masalah si dia masa tu pasai seseorang nk msuk meminang dan aku bagi nasihat. Tetapi
aku sangat pelik kenapa aku rasa macam penat seolah-olah batu besar di atas dadaku, kenapa aku rasa cemburu kenapa selepas mendengar si dia cerita masalah tu aku macam serabut.. Semakin lama memikirkan perasaan itu untuk suatu jangka masa yang lama, aku pasti sememangnya
aku jatuh hati..bukan atas
cantik rupa si dia yang
aku kenal, tetapi tertawan dengan sifat. Mungkin si dia akan terfikir
apa kelebihan si dia, namun sebenarnya aku memang mencari seorang teman yang boleh berkongsi cerita, masalah dan suka duka bersama malah selesa bergurau senda sebab
aku seorang yang memang memerlukan
sokongan. Banyak faktor jugak aku tertawan dengan si dia tetapi biarlah rahsia.
Ketika aku bercuti di Cameron Highland, aku selalu fikir buah tangan apa yang nak diberi kepada si dia. Biasalah aku seorang agak cerewet, maaf hanya
kasut tu yang aku beli sebab aku fikir alahan si dia dan harap si dia sihat. Moga si dia pakai kasut tu , sapu ubat setiap hari. Aku tak sanggup lihat si dia sakit.Kalau teruk, aku mahu si dia beritahu..
Agak bersejarah buat aku yang belum pernah makan di mana rumah kawan perempuan bersama pulak si ayah dan solat juga berimamkan ayah kepada kawan perempuan tersebut. Rumah si dialah yang pertama
dalam hidupku. Aku selalu cakap dekat si dia yang aku selalu ketaq, tapi sebenanqnya apa yang aku beritahu itulah diriku, aku seorang yang darah gemuruh.. "I need someone to make
me calm". Setiap kali jumpa si dia mmg dada ni ketaq, jantung "dub dab dub dab", aku sendiri kurang pasti puncanya. Masa bertolak lagi aku mula kecut
perut..memang ketaq habis, tak tahu kenapa. Bila jumpa mak si dia di simpang masuk rumah si dia tu pun dah takut sebab si dia pernah cerita mak si dia garang, aku pun risau
jugak. Bila smpai di depan rumah si dia, lagilah aku risau ketaq kecut perut semua
ada, keluaq kereta macam lembut lutut..macam berjalan di antara dua bangunan, berjalan di
atas tali ditiup angin tambah la nak pandang si dia x berani lansung. Sampai di rumah, aku tercari-cari ayah si dia. Rupanya masa tu ayah si dia mandi baru balik padang..
Bila nak solat maghrib, aku koi ketaq sebab ayah yang jadi
imam. Tapi lepas bagi salam, Ya Allah manis senyuman ayah si dia..dan bila berjalan nak masuk rumah, barulah tahu ayah si dia peramah org dia. Cukup selesa dengan ayah si dia.
Dijemput pulak makan di dapur, aku dan kawanku memang makan control sebab segan sama. Mak si dia mai teman makan jugak, perghhh ramah gilarrr mak si dia.
Bercerita pengalaman depa cukup syokk..Aku suka dengaq, maaflah masa tu banyak
ckap pasai bendang, sebab yang itu saja aku tahu. Maaf kalau buat si dia bosan... Seronok p
rumah si dia dengan gelagat adik bongsunya dan penerimaan kakak si dia. Bila nak balik rasa malas
ja, tapi tak kan dok situ kan. Malu jugak bagi buah tangan yang aku beli di Cameron Highland untuk si dia depn mak ayah, maaf kalau macam tak beradab. Masa balik aku senyum meleret, riang ria raya lah
katakan.. Dah lama tak rasa seronok macam hari tu. Cukup lama aku tak gembira macam tu,
tambah pulak perlawaan mak ayah si dia ajak soh p lagi rumah. Seolah-olah masa tu burung pun
nyanyi bersama-sama aku.. Bila smpai di rumah, rasa tenang bahagia seronok cukup tak tergmbar dengan kata-kata. Kemudian, telepon si dia, kami sembang sat saja.. Malam tu maaf kepada si dia kalau
terasa hati denganku. Tidur malam tu terasa dunia ini milikku!
Demi Allah aku berkata benar kepada si dia, aku sentiasa membayangkan menjalani hidup bersama si dia, kerna aku yakin apa yang kita fikir apa yg kita niat apa yg kita kata apa yg kita impikan, ia adalah doa kita kepada Allah. Aku mempunyai impian yang aku ingin lakukan bersama si dia. Segalanya.. Mengapa aku jatuh cinta kepada si dia? Kerana si dia seorang yang sangat ceria..penuh dengan gelak tawa. Si dia juga seorang yang pandai bagi nasihat kepadaku, selalu mengingatkan aku. Bila lihat gelagatnya bersama kanak-kanak, si dia pandai layan kerenah anak-nak kecil, jadi ultraman jadi kuda dan macam-macam lagi. Malahan, si dia juga pandai beramah mesra dengan sesiapa sahaja, tidak kira golongan kanak-kanak mahupun dewasa. Aku tidak kisah sekiranya si dia tidak mahir memasak, kerana memasak boleh belajar tidak menjadi masalah pelbagai medium yang boleh jadi rujukan untuk belajar memasak. Lagipun aku boleh juga memasak tapi tidaklah pandai. Aku juga tertarik kepada keluarga si dia, mak ayah kakak abang dan adik-adik. Bila aku pergi rumah si dia, aku rasa sangat selesa mungkin juga faktor suasana. Boleh dikatakan taraf ekonomi keluarga aku dan keluarga dia hampir sama. Aku suka adik si dia yang bongsu, gelagatnya sama dengan anak saudara aku.
Segalanya aku cerita kepada ibu abahku serta kakak-kakakku.. Aku sangat serius terhadap si dia, jika diizinkan Allah sememangnya niatku setelah kembali dari Makkah nanti aku ingin mengikat tali pertunangan. Ibu Abah juga belum pernah aku lihat reaksi mereka yang menerima kehadiran si dia kerna sebelum ini dengan ex-girfriend aku Ibu Abah sangat tidak suka. Aku ingin tegaskan di sini bahwa aku tidak mahu ada istilah couple antara kami berdua. Sykur apabila semua ahli keluargaku menyokong niatku selama ini. Paling tersentuh apabila kakak sulungku menyarankan aku untuk mengikat tali pertunangan dan setia mendengar luahan hatiku. Kakakku yang kedua pula sanggup untuk menyokong aku bila aku ingin membuat kejutan kepada si dia dan kakakku yang ketiga redha sekiranya aku langkah bendul, meredhakan aku kahwin dahulu kerna dia tahu adiknya sangat serius dan berani. Ya Allah, terharunya kau sehingga mentis air mataku, dimana lagi nak dapat kakak yang begini.. Anugerah yang tidak ternilai.

Ya Allah Ya Tuhanku Berkatilah kedua-dua Ibu dan Abahku serta kakak-kakakku
Permudahkanlah segala urusan mereka
Limpahkanlah rezeki yang halal kepada mereka
Rahmatilah hidup mereka.. Ameen
Hati ini ingin memilikimu menjadikan si dia sebagai permaisuriku, menjalani hidup bersama dan menuju ke syurga Allah.
Namun aku sedar keputusan yang telah dibuat oleh si dia apakan daya ku katakan. Siapa aku untuk mengubah keputusan tersebut, soal hati tidak boleh dipaksa. Apa yang aku rasakan saat menerima keputusan itu, terasa hati yang terluka kembali berdarah akibat hirisan. Hah! Hanya kelu tika saat itu, lutut lemah dan aku terduduk. Reaksi wajah yang mulanya gembira bila panggilan yang berdering adalah nama si dia berubah menjadi muka yang bercampur baur dan sudah pastinya kecewa dan hampa. Aku sedar aku tidak cukup sempurna untuk si dia kerna diriku cukup dengan kekurangan. Pastinya sangat terseksa jika aku melepaskannya kerna aku sangat cintakan dia, aku sangat sayangkan dia. Kenangan bersamamu tidak pernah sesekali aku lupa. Kini, kau menjadi milik orang. Benarlah detik hatiku. Dia kini milik orang.. Bohonglah aku kalau aku mengatakan aku bahagia melihat kamu bersama dia.. Hahhhh! Nafas kian lemah..seolah-olah batu berat menimpa dada..jiwa aku menangis tatkala mengenang saat aku melihat kamu dari jauh.. " I just can see you from a distance.. never hold you anymore, never. " Perancangan hidupku telah pun aku rangka, tapi kini salah satu impianku pastinya tidak kesampaian. Wallahhu'alam kerna perancangan Allah itu hebat.
Kepada si dia, tahniah di atas pernikahanmu bersama jodohmu dari Allah. Moga berbahagialah di samping suamimu. Aku redha, dan aku mesti terus ke hadapan tanpa menoleh ke belakang kerna aku tahu akan ada sinar menantiku di sana nanti. Pasti! Allah Maha Besar.. Allah Maha Kuasa.
Ya Allah Ya Tuhanku, aku sedar ini adalah ujian dariMu..
Namun hambaMu ini sangat lemah dan tak terdaya menanggung perasaan kecewa.
Ya Allah, permudahkanlah urusanku, jadikanlah aku orang yang bersabar menerima ujianMu.
Hanya kepadaMu lah aku berharap kepadaMu jualah aku berserah.
Kepada si dia, tahniah di atas pernikahanmu bersama jodohmu dari Allah. Moga berbahagialah di samping suamimu. Aku redha, dan aku mesti terus ke hadapan tanpa menoleh ke belakang kerna aku tahu akan ada sinar menantiku di sana nanti. Pasti! Allah Maha Besar.. Allah Maha Kuasa.
Jgn lupa sentiasa berdoalah kpd Allah siang & mlm, mintak diberi petunjuk agar semuanya berjalan dgn lancar, doaku sentiasa mengiringimu shabat! Semoga berbahagia selalu...:)
ReplyDeleteterima kaseh banyak iman.. apapun aku rindu hg, la nie tiada kat sisiku aku :(
ReplyDeletela tahzan
ReplyDelete