Wednesday 10 October 2012

Kisah Hati 2 : Allah Ada Untukku

Bismi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim.. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Saat cintaku pernah ditolak, Ya Allah betapa pedihnya  hati ketika itu .. Terasa penat seolah-olah batu menimpa dada. Masa tu kita merasakan dunia tak berpihak kepada kita, perasaan yang susah digambarkan kerna mungkin hati kita tidak dapat menerima realiti yang kita hadapi. Mengapa aku susah menerima hakikat yang terjadi apabila cinta ditolak? Kerna setiap impian yang ingin aku capai dalam hidup semuanya aku bayangkan si dia yang bersamaku sentiasa di sisiku. Bermulalah dengan misi graduate & convo bersama-sama itu impianku, kemudian menyambung pelajaran di peringkat Bachelor.. Cadangnya akan mengahwini si dia pada penghujung tahun 2017. Segalanya aku rencanakan, kadang-kadang fikiran tanpa dikawal aku turut membayangkan bersolat subuh jemaah bersama dan si dia menyediakan sarapan untukku di kala pagi bila aku nak p kerja, . Bersarapan bersama-sama, mungkin memori itu diwarnai dengan gelak tawa anak-anakku, then bila melangkah pintu si dia sebagai isteriku mencium tanganku dan aku pula mencium dahinya. Allahhuakbar! Indahnya hidup yang Allah kurniakan, perasaan bahagia yang kita tak boleh gambar dengan kata-kata bila Allah kurniakan kita menjalani hidup bersama insan yang kita cintai. Tetapi apakan daya, itu semua hanya mimpi indah yang tak mungkin aku capai lagi. Wallahhu'alam kerna perancangan Allah lebih hebat daripada rencana hambaNya.

Inilah antara impianku, namun pasti aku takkan dapat aku harapkan bersama si dia

Pada waktu aku sangat tertekan akibat ujian yang Allah kurniakan kepadaku, fikiran serabut dan aku tak boleh berfikir secara logik. Aku sangat memerlukan dorongan dan nasihat. Alhamdulillah, teman sejati dan sahabatku tidak meninggalkan aku, mereka menasihatiku, memberi nasihat dan menyokong segala keputusan yang telah aku buat. Walaupun aku ucapkankan jutaan mahupun trillion terima kasih, masih belum cukup untuk aku balas jasa mereka pada waktu mereka bersamaku saat menghadapi ujian ini. Terima Kaseh Syafiq Zul, Khairul Annam & Nurul Waheda !! ;))

Setiap hari aku cuba kuat untuk hadapi hari-hari mendatang, be positive! Cakap memang mudah, tapi untuk melakukan perlu suatu semangat dalaman dan mind control yang sangat kuat. Saat aku bersama kawan-kawan, it gonna be okey! tapi bila aku bersendiri, "perasaan" tu mai balik habis otak aku serabut. Badan terasa lemah, mula mencari katil dan layan perasaan. Fenomena ni berlaku lebih kurang 3 minggu, memang serabutlah! Hah! Masih belum cukup kuat aku nak hilangkan tekanan dan permasalahan ni. Jadi, terpaksalah hantar mesej kepada pakar terapi hati dan mindaku serta penasihatku, siapa lagi kalau bukan kakakku yang ketiga, AdFarihan Azimie ;)) Bukan bermaksud kakak-kakak lain tidak membantu, tapi dengan kakakku yang ketiga ini aku lebih rapat atas faktor jarak umur dan dia lebih memahami jiwa remajaku. Aku bagitau bahawa aku hadapi masalah hati dan memberi kesan yang sangat teruk. Tak payah dok tunggu lama, dia ingatkan aku :
              " Yakinlah amy dengan Allah.. Kadang-kadang Amy tengok orang lain macam bahagia, tapi kita tak tahu ketentuan daripada Allah untuk dia pada masa depan macam mana.. Cuba latih diri, didik hati untuk katakan dunia ini hanya sementara..apa-apapun yang kita dapat di dunia sebenanarnya ujian sahaja.. Sedih ka, happy ka..bahagia ka susah ka semua tu Allah nak uji kita untuk akhirat yang kekal abadi. Memang susah sebenanarnya, tapi takpa, latih diri.. Itu cara-cara kita untuk belajar redha segalanya.. Kalau kita berjaya fikir dan yakin macam tu, Insyaallah apa yang kita nampak adalah hanya akhirat, kita takkan kisah pun apa yang terjadi sebab itu semua ujian untuk akhirat.. Maka hati akan lebih tenang, hilang rasa sedih dll... Selamat Mencuba! ".

Fuhhhhh..!! Kata-kata daripada AdFarihan Azimie membuka mata aku, membiarkan aku terus fikir sejenak.. Mengapa Allah uji aku?? Adakah saja memberi aku ujianNya?? Mengapa pula aku?? Ya...!! Aku terfikir beberapa kata-kata mutiara di Mukabuku, " Allah memberi ujian kepada hambaNya kerana Dia rindu kepada hambaNya ".. Allah rindu aku untuk merintih kepada pertolonganNya, Allah! Aku sebenarnya jauh daripada Allah..Aku telah lupa untuk lakukan solat hajat, tahajjud dan istikharah apabila aku hadapi masalah atau ujian untukku. Doa pun hanya berdoa, tidak bersungguh-sungguh tanpa mengalirkan air mata jernih tanpa membiarkan mengalir di pipiku. Aku telah lupa... Allahhuakbar! Allah hadirkan aku detik untuk mengingati Dia. Terima Kasih AdFarihan Azimie, Allah sendiri menghantar kakakku sebagai perantara untuk mengingatkan aku tentang hubungan aku dengan Allah. Allah tidak datangkan kita dengan ujian sewenang-wenanya kerna setiap ujian yang kita hadapi Dia tahu hambaNya layak untuk menerima ujian daripadaNya. Walaupun kita ada masalah sekecil manapun, Allah ada untuk kita, rintihlah sehingga menitis air matamu, pohonlah pertolongan daripada Allah kerna Allah tidak pernah lupakan hambaNya. Dekatkanlah kita dengan Allah, Insyaallah hati lebih tenang dan kita mudah redha dengan ketentuanNya. Anda boleh mencuba! ;)) Tapi jangan lupa bersihkan hati, sucikan diri terlebih dahulu.. Kembalilah pada pangkalnya kalau bukan Tuhan kita, Allah Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang.

Kini aku faham mengapa Allah hadirkan aku dengan ujian cintaku ditolak, kerna ada sesuatu yang tertahan antara aku dengan si dia yang selama ini menjadi penghalang. Yeahhh!! Inilah masalah dalamanku yang telah menyelubungi hati dan minda sekian lama, dah bersarang dah jenuh vakum!! haha Insyaallah mudah-mudah aku istiqamah dalam perjuanganku menentang nafsu ;)) Insyaallah, penghujung 2013 aku bakal mengerjakan umrah bersama Ibu dan Abah yang tercinta, mohon doa daripada semua moga impianku menjalani ibadah bersama insan yang paling aku cinta termakbul. Apa yang aku kisahkan di sini menjadi mudah-mudahan menjadi ingatan untuk diri ini yang lemah dan untuk kawan-kawan yang aku sayang.. Peace Yo!! Lov You !


Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunilah segala dosa hambaMu Ya Allah
Sesungguhnya aku telah banyak melakukan dosa kepadaMu, 
Ya Allah, bukalah hatiku untuk menerima hidayahMu Ya Allah
Jauhkanlah aku daripada segala godaan dan hasutan syaitan
Tetapkanlah imanku, jadikanlah aku anak yang soleh
Ya Allah  Ya Tuhanku, kurniakanlah kejayaan dunia dan akhirat.
Ameen


Moga Aku berada di Makkah bersama Ibu dan Abah ;))


Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya Engkau catakan dia adalah untukku,
Jagakan dia untukku, aku akan kembali untuknya
Kerna aku sungguh mencintai sungguh menyayangi dirinya.

# Perbaikilah diri kita, baik-baikkanlah diri kita kerna Allah  jadikan lelaki  yang baik untuk wanita yang baik  dan sebaliknya


Mudah-mudahan aku mendapat anak-nak yang sebegini.. Gambate!! Insyaallah,  Man Jadda Wajada ;))


Insyaallah, dipanjangkan umurku, umur Ibu dan Abahku, kita akan bertemu wahai  Rumah Allah  ^_^


Padamu Aku bersujud..I love You Allah! 

To be continue...

No comments:

Post a Comment