Sunday 9 December 2012

Ku Pilih Hatimu

Suka gila lagu nie..memang feel dengar time study tengah-tengah malam hehe ;)



ku pilih hatimu tak ada ku ragu
mencintaimu adalah hal yang terindah
dalam hidupku oh sayang
kau detak jantung hatiku

setiap nafasku hembuskan namamu
sumpah mati hati ingin memilihmu
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku

janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

setiap nafasku (setiap nafasku)
hembuskan namamu (hembuskan namamu)
sumpah mati (sumpah mati)
hati ingin memilihmu (ku milikmu)
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku ooh

janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir
oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini

sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
cinta sampai mati





Cinta Kerana Allah

Siapa masih ingat akan skrip dalam " Syurga Cinta" ? Jodoh itu terbahagi kepada 3 :
Jodoh Dari Syaitan
Lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut. 

Pasti cinta ini bukan dikhendaki kita kan? tetapi masih terdapat individu yang masih terperangkap dengan godaan syaitan. Bagi aku, sekiranya individu tersebut meletakkan target yang betoi dalam perhubungan, In Sha Allah mereka tak akan terjerumus ditambah pula iman dan taqwa. Kalau dari awai memang target dah main-main, last2 memang bunting lah jawabnya. So gugurl, tak payah lah ternoda dengan mulut manis lelaki, berdasarkan pengalaman aku dengan macam-macam kawan lelaki, kadang-kadang lelaki ni dia anggap cabaran untuk tackle perempuan, ada juga hanya untuk main-main dan lastly hanya melampiaskan nafsu sahaja dan ada jugak tackle perempuan sebab kawan cabar mungkin bet. Nampak x perempuan? Sehebat mana pun lelaki, mata mereka masih memandang wanita cantik lain, bezanya macam mana lelaki tu kawal hati. Contoh, " Wush cun nak mampoih awek tuuuuuu..kalau aku dapat, hurmmm konpem x dapat.. X boleh2, aku hanya setia pada si dia ". Mungkin juga, " Harap muka lawa tapi macam ha**m, kekasih aku lagi baguih tutup aurat". Ada pula yang " Syukurlah aku ada si dia cukup memahami, kalau aku pilih sebab lawa memang paieee lah aku suma pakat dok ligan dia .. So aku kena setia". Nasihat untuk perempuan, mahal-mahalkan lah harga diri anda, biarlah yang paling layak sahaja memiliki cinta anda okeh ;)
Jodoh Daripada Jin
Lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

Senang ja aku nak bagitau, segala gambar di laman sosial x payah lah uplod dengan teruja sangat, sebab apa ada juga hat pesyen main secara haluih ni. Macam-macam depa boleh buat, minyak senyonyong/minyak dagu. Ni bukan takat hat kapel2 wey, sampai melarat pasangan yang dah berkahwin pun kena. Jadi, kita semua tak kira lelaki atau perempuan sepatutnya dekatkan diri dengan Allah dan perlu untuk ada amalan pelindung diri. Moga semua dilindungi Allah.

Koleksi gambar bersama ayah angkat, Ustaz Fadhil Kuala Ketil :

Simbol untuk jadikan lelaki/perempuan jadi tergila-gilakan kepada si pembuat.

Dibuat oleh bomoh siam , penutup botol berlambangkan teratai.
Minyak senyonyong/minyak dagu/minyak pengasih : Hanya sapu kepada individu tersebut, dan kesannya  mangsa lupa dunia, tidak sedarkan diri dan tergilakan si pelaku.
Dikatakan minyak ni penuh bila bulan purnama. Wallahhu'alam

Simbol penyimpul nafsu. Suami Isteri akan bergaduh dan tidak bersama.

Diperbuat daripada lilin sebagai simbol badan manusia, dan dicucuk jarum peniti, dibaluti oleh kain yang  bertulisan siam. Kesan, mangsa akan sakit seluruh badan yang teramat sakit.

Jodoh Daripada Allah
Pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Lelaki yang serius akan meminangi wanita yang dicintainya dengan tujuan untuk menjadikan permaisuri hidup.  Lelaki yang serius dia akan menghormati maruah, pendirian dan prioriti wanita tersebut tanpa melakukan perkara mungkar. Terbukti sendiri terjadi kepada kakak sulungku sendiri, bila abang iparku sendiri masa tu baru balik dari Mesir duduk bersebelahan dengan kakak sulungku,pelajar UM (duduk sebelah sebab dulu-dulu xdak single seat) yang balik kampung untuk cuti semester. Masa tu, abang ipar terus bagitau kata p rumah untuk jumpa ibu abah dan kakak sulung aku masa tu terus setuju. Tengok2 memang sungguh abang ipar aku p terus jumpa dan alhamdulillah rentetan perjumpaan tu depa bertunang pada tahun 1999 dan bernikah pada 2001. Sepanjang tali pertunangan, abang ipar aku call dari Mesir hanya bercakap dengan ibu dan abahku sahaja. Abang ipar dan kakak sulung tak pernah dating, dan bila ditanya ( selepas kahwin) dating dan bercinta lebih bahagia dan terasa nikmat sebab ketika itulah bermula saat perkenalan berbeza dengan couple, sudah berkenalan, berdating dan mengehtahui segalanya, jadi bila berkahwin kuranglah nikmatnya. Alhamdulillah tahun 2012 adalah 11 tahun usia perkahwinan depa.

Lebih indah selepas nikah <3





Thursday 6 December 2012

Kisah Hati 3 : Liku Kian Berliku


Badan mulai lemah hati makin parah. Inilah aku rasa, cukup menyeksakan dan kini aku hanya manusia biasa tanpa cinta. 1 tahun 5 bulan bersamaan  17 bulan  bersamaan  510 hari bersamaan  12 240 jam bersamaan 734 400 saat adalah tempoh yang belum cukup untuk menawan hati si dia. Sebenarnya aku sangat tidak layak untuk dirinya yang cukup baik. I’m not good enough. Selain tu, boleh juga dikatakan aku belum cukup hebat dan mampu menyaingi cinta pertama si dia kerna aku tidak berbakat, aku tidak pandai menyanyi untuk si dia seperti mana cinta pertamanya menanyi untuk si dia. Maafkan aku, aku hanya insan kerdil penuh dengan kelemahan. Bila difikirkan kembali, " Kenapalah aku boleh jatuh hati pada si dia sedangkan aku dan dia ibarat langit dan bumi ? ". Jauh perbezaan, aduh malunya aku. Keluarga si dia berasal daripada alim ulama’ tapi aku hanya berasal dari keluarga sederhana yang tak mengerti apa-apa. Fikiran melayang memikirkan nasib, aku sedar aku tiada apa yang boleh dibanggakan. NOTHING! Just feel like my body full of mud hah! What can I do?

Aku lupa bahawa ramai lagi pelajar Mesir, Jordan, Yaman atau mana-mana lagi negara yang bakal pulang ke Malaysia merupakan bakal ustaz, pendakwah mahupun pegawai jabatan agama, itulah selayaknya untuk si dia. Hahhhhhh!! Aku??? Apa pun takdak… Ada hati nak pada si dia. Mana layak, tak layak lansung lah. Aku hanya budak kacamata, botak, buncit, gelap dan budak kampong. Janganlah mimpi di siang hari, ingat fairy tale? Orang akan hanya gelakkan aku.. itu saja.

Namun hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku mecintai si dia, hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku menyayangi dirinya hanya Allah sahaja yang tahu betapa berharganya dia padaku. Aku tak sanggup melepaskan si dia, tak sanggup melihat si dia pergi hilang dari pandangan pancainderaku apatah lagi lelaki lain yang menyarungkan cincin di jari manis si dia dan mencium dahinya. Saat itu aku hanya mampu melihat dari jauh, hanya mampu berpeluk tubuh. Tapi apakan daya, realitinya  aku mesti mengukur baju di badan sendiri. Paling penting, aku perlu redha setiap ketentuanNya kerna aku tahu Dia Maha Besar dan Maha Mengehtahui. 

Hati ini bukanlah mudah tertawan pada sesiapa, pernah dikhianati dan dilukai. Aku pastinya susah menerima seseorang untuk menjadi sebahagian cerita hati dalam hidup aku.  “ Hati lepas ini jangan lagi ya jatuh cinta

tiada hadir cintaku dalam hati si dia..akur, dia ingin bersendiri dan bebas.

Wednesday 10 October 2012

Kisah Hati 2 : Allah Ada Untukku

Bismi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim.. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Saat cintaku pernah ditolak, Ya Allah betapa pedihnya  hati ketika itu .. Terasa penat seolah-olah batu menimpa dada. Masa tu kita merasakan dunia tak berpihak kepada kita, perasaan yang susah digambarkan kerna mungkin hati kita tidak dapat menerima realiti yang kita hadapi. Mengapa aku susah menerima hakikat yang terjadi apabila cinta ditolak? Kerna setiap impian yang ingin aku capai dalam hidup semuanya aku bayangkan si dia yang bersamaku sentiasa di sisiku. Bermulalah dengan misi graduate & convo bersama-sama itu impianku, kemudian menyambung pelajaran di peringkat Bachelor.. Cadangnya akan mengahwini si dia pada penghujung tahun 2017. Segalanya aku rencanakan, kadang-kadang fikiran tanpa dikawal aku turut membayangkan bersolat subuh jemaah bersama dan si dia menyediakan sarapan untukku di kala pagi bila aku nak p kerja, . Bersarapan bersama-sama, mungkin memori itu diwarnai dengan gelak tawa anak-anakku, then bila melangkah pintu si dia sebagai isteriku mencium tanganku dan aku pula mencium dahinya. Allahhuakbar! Indahnya hidup yang Allah kurniakan, perasaan bahagia yang kita tak boleh gambar dengan kata-kata bila Allah kurniakan kita menjalani hidup bersama insan yang kita cintai. Tetapi apakan daya, itu semua hanya mimpi indah yang tak mungkin aku capai lagi. Wallahhu'alam kerna perancangan Allah lebih hebat daripada rencana hambaNya.

Inilah antara impianku, namun pasti aku takkan dapat aku harapkan bersama si dia

Pada waktu aku sangat tertekan akibat ujian yang Allah kurniakan kepadaku, fikiran serabut dan aku tak boleh berfikir secara logik. Aku sangat memerlukan dorongan dan nasihat. Alhamdulillah, teman sejati dan sahabatku tidak meninggalkan aku, mereka menasihatiku, memberi nasihat dan menyokong segala keputusan yang telah aku buat. Walaupun aku ucapkankan jutaan mahupun trillion terima kasih, masih belum cukup untuk aku balas jasa mereka pada waktu mereka bersamaku saat menghadapi ujian ini. Terima Kaseh Syafiq Zul, Khairul Annam & Nurul Waheda !! ;))

Setiap hari aku cuba kuat untuk hadapi hari-hari mendatang, be positive! Cakap memang mudah, tapi untuk melakukan perlu suatu semangat dalaman dan mind control yang sangat kuat. Saat aku bersama kawan-kawan, it gonna be okey! tapi bila aku bersendiri, "perasaan" tu mai balik habis otak aku serabut. Badan terasa lemah, mula mencari katil dan layan perasaan. Fenomena ni berlaku lebih kurang 3 minggu, memang serabutlah! Hah! Masih belum cukup kuat aku nak hilangkan tekanan dan permasalahan ni. Jadi, terpaksalah hantar mesej kepada pakar terapi hati dan mindaku serta penasihatku, siapa lagi kalau bukan kakakku yang ketiga, AdFarihan Azimie ;)) Bukan bermaksud kakak-kakak lain tidak membantu, tapi dengan kakakku yang ketiga ini aku lebih rapat atas faktor jarak umur dan dia lebih memahami jiwa remajaku. Aku bagitau bahawa aku hadapi masalah hati dan memberi kesan yang sangat teruk. Tak payah dok tunggu lama, dia ingatkan aku :
              " Yakinlah amy dengan Allah.. Kadang-kadang Amy tengok orang lain macam bahagia, tapi kita tak tahu ketentuan daripada Allah untuk dia pada masa depan macam mana.. Cuba latih diri, didik hati untuk katakan dunia ini hanya sementara..apa-apapun yang kita dapat di dunia sebenanarnya ujian sahaja.. Sedih ka, happy ka..bahagia ka susah ka semua tu Allah nak uji kita untuk akhirat yang kekal abadi. Memang susah sebenanarnya, tapi takpa, latih diri.. Itu cara-cara kita untuk belajar redha segalanya.. Kalau kita berjaya fikir dan yakin macam tu, Insyaallah apa yang kita nampak adalah hanya akhirat, kita takkan kisah pun apa yang terjadi sebab itu semua ujian untuk akhirat.. Maka hati akan lebih tenang, hilang rasa sedih dll... Selamat Mencuba! ".

Fuhhhhh..!! Kata-kata daripada AdFarihan Azimie membuka mata aku, membiarkan aku terus fikir sejenak.. Mengapa Allah uji aku?? Adakah saja memberi aku ujianNya?? Mengapa pula aku?? Ya...!! Aku terfikir beberapa kata-kata mutiara di Mukabuku, " Allah memberi ujian kepada hambaNya kerana Dia rindu kepada hambaNya ".. Allah rindu aku untuk merintih kepada pertolonganNya, Allah! Aku sebenarnya jauh daripada Allah..Aku telah lupa untuk lakukan solat hajat, tahajjud dan istikharah apabila aku hadapi masalah atau ujian untukku. Doa pun hanya berdoa, tidak bersungguh-sungguh tanpa mengalirkan air mata jernih tanpa membiarkan mengalir di pipiku. Aku telah lupa... Allahhuakbar! Allah hadirkan aku detik untuk mengingati Dia. Terima Kasih AdFarihan Azimie, Allah sendiri menghantar kakakku sebagai perantara untuk mengingatkan aku tentang hubungan aku dengan Allah. Allah tidak datangkan kita dengan ujian sewenang-wenanya kerna setiap ujian yang kita hadapi Dia tahu hambaNya layak untuk menerima ujian daripadaNya. Walaupun kita ada masalah sekecil manapun, Allah ada untuk kita, rintihlah sehingga menitis air matamu, pohonlah pertolongan daripada Allah kerna Allah tidak pernah lupakan hambaNya. Dekatkanlah kita dengan Allah, Insyaallah hati lebih tenang dan kita mudah redha dengan ketentuanNya. Anda boleh mencuba! ;)) Tapi jangan lupa bersihkan hati, sucikan diri terlebih dahulu.. Kembalilah pada pangkalnya kalau bukan Tuhan kita, Allah Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang.

Kini aku faham mengapa Allah hadirkan aku dengan ujian cintaku ditolak, kerna ada sesuatu yang tertahan antara aku dengan si dia yang selama ini menjadi penghalang. Yeahhh!! Inilah masalah dalamanku yang telah menyelubungi hati dan minda sekian lama, dah bersarang dah jenuh vakum!! haha Insyaallah mudah-mudah aku istiqamah dalam perjuanganku menentang nafsu ;)) Insyaallah, penghujung 2013 aku bakal mengerjakan umrah bersama Ibu dan Abah yang tercinta, mohon doa daripada semua moga impianku menjalani ibadah bersama insan yang paling aku cinta termakbul. Apa yang aku kisahkan di sini menjadi mudah-mudahan menjadi ingatan untuk diri ini yang lemah dan untuk kawan-kawan yang aku sayang.. Peace Yo!! Lov You !


Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunilah segala dosa hambaMu Ya Allah
Sesungguhnya aku telah banyak melakukan dosa kepadaMu, 
Ya Allah, bukalah hatiku untuk menerima hidayahMu Ya Allah
Jauhkanlah aku daripada segala godaan dan hasutan syaitan
Tetapkanlah imanku, jadikanlah aku anak yang soleh
Ya Allah  Ya Tuhanku, kurniakanlah kejayaan dunia dan akhirat.
Ameen


Moga Aku berada di Makkah bersama Ibu dan Abah ;))


Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya Engkau catakan dia adalah untukku,
Jagakan dia untukku, aku akan kembali untuknya
Kerna aku sungguh mencintai sungguh menyayangi dirinya.

# Perbaikilah diri kita, baik-baikkanlah diri kita kerna Allah  jadikan lelaki  yang baik untuk wanita yang baik  dan sebaliknya


Mudah-mudahan aku mendapat anak-nak yang sebegini.. Gambate!! Insyaallah,  Man Jadda Wajada ;))


Insyaallah, dipanjangkan umurku, umur Ibu dan Abahku, kita akan bertemu wahai  Rumah Allah  ^_^


Padamu Aku bersujud..I love You Allah! 

To be continue...

Monday 1 October 2012

Kisah Hati


Sejak aku kenal si dia, aku  tidak pernah membayangkan hubungan kami sampai tahap macam ni. Masa mula-mula hanyalah niat untuk berkawan biasa hanyalah niat untuk tolong kalau susah ka apa. Kemudian kami semakin rapat setiap hari mesej bertanya keadaan masing-masing.. Semakin lama  aku  dapat rasakan si dia sifatnya bagaimana, aku  dapat rasa yang si dia ada msalah tetapi si dia ketika itu masih mnyembunyikan daripada  aku. Kemudian akhirnya si dia luahkan juga masalah si dia pada  aku , alhamdulillah si dia berjaya atasi segala masalah yang mendatang..Sejak saat itulah aku  dpt rasakan insan yang aku kenali ini bukan sebarangan gadis, tetapi cukup kental ada prinsip hidup & cukup berani sebenarnya walaupun si dia sendri rasa kurang yakin.

Ramadhan mendatang saat itu, aku  ajak si dia iftar bersama, masa tu tiada niat "tackle" ka tiada niat nak buat awek ni.. Niatku hanya sebab kwan sahaja.  Memori berbuka puasa bersama si dia aku tidak akan pernah lupa...Alhamdulillah aku syukur sangat atas perubahan si dia untuk berubah kepada yg lebih baik..Maaflah saat tu  aku  tidak faham kerana tidak pernah jangka yang si dia berubah hingga tahap yang macam tu. Lepas perubahan diri si dia,  aku  mula azam " Aku mesti hormat si dia sebagai seorang wanita mulia". Sebab itu lah  aku  mendiamkan diri lama jugak dan kebetulan handset tukaq, no si dia pun hilang...Maaf  sangat-sangat masa tu takut si dia kcik hati. 

Januari,  kami macam rapat kembali, dan selalu bagi semangat antara satu sama lain. Memang rasa sangat selesa dan tenang bercakap dengan si dia. Sampai lah di suatu ketika, si dia meluahkan masalah si dia masa tu pasai seseorang nk msuk meminang dan aku bagi nasihat. Tetapi  aku  sangat pelik kenapa aku rasa macam penat seolah-olah batu besar di atas dadaku, kenapa aku rasa cemburu kenapa selepas mendengar si dia cerita masalah tu aku macam serabut.. Semakin lama memikirkan perasaan itu untuk suatu jangka masa yang lama, aku pasti sememangnya  aku  jatuh hati..bukan  atas cantik rupa si dia yang  aku  kenal, tetapi tertawan dengan sifat. Mungkin si dia akan terfikir apa kelebihan si dia, namun sebenarnya aku memang mencari seorang teman yang boleh berkongsi cerita, masalah dan suka duka bersama malah selesa bergurau senda sebab  aku  seorang yang memang memerlukan sokongan. Banyak faktor jugak aku tertawan dengan si dia tetapi biarlah rahsia.




Ketika aku bercuti di Cameron Highland, aku selalu fikir buah tangan apa yang nak diberi kepada  si dia. Biasalah aku seorang agak cerewet, maaf hanya kasut tu yang aku beli sebab aku fikir alahan si dia dan harap si dia sihat. Moga si dia pakai kasut tu , sapu ubat setiap hari. Aku tak sanggup lihat si dia sakit.Kalau teruk, aku mahu si dia beritahu..

Agak bersejarah buat aku yang belum pernah  makan di mana rumah kawan perempuan bersama pulak si ayah dan solat juga berimamkan ayah kepada kawan perempuan tersebut. Rumah si dialah yang pertama dalam hidupku. Aku selalu cakap dekat si dia yang aku selalu ketaq, tapi sebenanqnya apa yang aku beritahu itulah diriku, aku seorang yang darah gemuruh.. "I need someone to make me calm". Setiap kali jumpa si dia mmg dada ni ketaq, jantung "dub dab dub dab", aku sendiri kurang pasti puncanya. Masa bertolak lagi  aku mula kecut perut..memang ketaq habis, tak tahu kenapa. Bila jumpa mak si dia di simpang masuk rumah si dia tu pun  dah takut sebab si dia pernah cerita mak si dia garang, aku pun risau jugak. Bila smpai di depan rumah si dia, lagilah aku risau ketaq kecut perut semua ada, keluaq kereta macam lembut lutut..macam berjalan di antara dua bangunan, berjalan di atas tali ditiup angin tambah la nak pandang si dia x berani lansung. Sampai di rumah, aku tercari-cari ayah si dia. Rupanya masa tu ayah si dia mandi baru balik padang..

 Bila nak solat maghrib, aku koi ketaq sebab ayah  yang jadi imam. Tapi lepas bagi salam, Ya Allah manis senyuman ayah si dia..dan bila berjalan nak masuk rumah, barulah tahu ayah si dia peramah org dia. Cukup selesa dengan ayah si dia. Dijemput pulak makan di dapur, aku dan kawanku memang makan control sebab segan sama. Mak si dia mai teman makan jugak, perghhh ramah gilarrr mak si dia.  Bercerita pengalaman depa cukup syokk..Aku suka dengaq, maaflah masa tu banyak ckap pasai bendang, sebab yang itu saja aku tahu. Maaf kalau buat si dia bosan... Seronok p rumah si dia dengan gelagat adik bongsunya dan penerimaan kakak si dia. Bila nak balik rasa malas ja, tapi tak kan dok situ kan. Malu jugak bagi buah tangan yang aku beli di Cameron Highland untuk si dia depn mak ayah, maaf kalau macam tak beradab. Masa balik aku senyum meleret, riang ria raya lah katakan.. Dah lama tak rasa seronok macam hari tu. Cukup lama aku tak gembira macam tu, tambah pulak perlawaan mak ayah si dia ajak soh p lagi rumah. Seolah-olah masa tu burung pun nyanyi bersama-sama aku.. Bila smpai di rumah, rasa tenang bahagia seronok cukup tak tergmbar dengan kata-kata. Kemudian, telepon si dia, kami sembang sat saja.. Malam tu maaf kepada si dia kalau terasa hati denganku. Tidur malam tu terasa dunia ini milikku!

Demi Allah aku berkata benar kepada si dia, aku sentiasa membayangkan menjalani hidup bersama si dia, kerna aku yakin apa yang kita fikir apa yg kita niat apa yg kita kata apa yg kita impikan, ia adalah doa kita kepada Allah. Aku mempunyai impian yang aku ingin lakukan bersama si dia. Segalanya.. Mengapa aku jatuh cinta kepada si dia? Kerana si dia seorang yang sangat ceria..penuh dengan gelak tawa. Si dia juga seorang yang pandai bagi nasihat kepadaku, selalu mengingatkan aku. Bila lihat gelagatnya bersama kanak-kanak, si dia pandai layan kerenah anak-nak kecil, jadi ultraman jadi kuda dan macam-macam lagi. Malahan, si dia juga pandai beramah mesra dengan sesiapa sahaja, tidak kira golongan kanak-kanak mahupun dewasa. Aku tidak kisah sekiranya  si dia tidak mahir memasak, kerana memasak boleh belajar tidak menjadi masalah pelbagai medium yang boleh jadi rujukan untuk belajar memasak. Lagipun aku boleh juga memasak tapi tidaklah pandai. Aku juga tertarik kepada keluarga si dia, mak ayah kakak abang dan adik-adik. Bila aku pergi rumah si dia, aku rasa sangat selesa mungkin juga faktor suasana. Boleh dikatakan taraf ekonomi keluarga aku dan keluarga dia hampir sama. Aku suka adik si dia yang bongsu, gelagatnya sama dengan anak saudara aku.




 Segalanya aku cerita kepada ibu abahku serta kakak-kakakku.. Aku sangat serius terhadap si dia, jika diizinkan Allah sememangnya niatku setelah kembali dari Makkah nanti aku ingin mengikat tali pertunangan. Ibu Abah juga belum pernah aku lihat reaksi mereka yang menerima kehadiran si dia kerna sebelum ini dengan ex-girfriend aku Ibu Abah sangat tidak suka. Aku ingin tegaskan di sini bahwa aku tidak mahu ada istilah couple antara kami berdua. Sykur apabila semua ahli keluargaku menyokong niatku selama ini. Paling tersentuh apabila kakak sulungku menyarankan aku untuk mengikat tali pertunangan dan setia mendengar luahan hatiku. Kakakku yang kedua pula sanggup untuk menyokong aku bila aku ingin membuat kejutan kepada si dia dan kakakku yang ketiga redha sekiranya aku langkah bendul, meredhakan aku kahwin dahulu kerna dia tahu adiknya sangat serius dan berani. Ya Allah, terharunya kau sehingga mentis air mataku, dimana lagi nak dapat kakak yang begini.. Anugerah yang tidak ternilai.


Ya Allah Ya Tuhanku Berkatilah kedua-dua Ibu dan Abahku serta kakak-kakakku 
Permudahkanlah segala urusan mereka 
Limpahkanlah rezeki yang halal kepada mereka 
Rahmatilah hidup mereka.. Ameen



Hati ini ingin memilikimu menjadikan si dia sebagai permaisuriku, menjalani hidup bersama dan menuju ke syurga Allah.



Demi semua yang aku jalani bersamamu

Ku ingin kau jadi milikku
Ku ingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku

Hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

Ku ingin engkau menjadi milikku

Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani... 

Sentuhanmu

Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani... 

Di setiap alir darahku

Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku

Ku ingin engkau menjadi milikku

Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani... 

Selama ku masih bisa bertahan

Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengizinkan
Ku ingin selalu menjagamu
Namun aku sedar keputusan yang telah dibuat oleh si dia apakan daya ku katakan. Siapa aku untuk mengubah keputusan tersebut, soal hati tidak boleh dipaksa. Apa yang aku rasakan saat menerima keputusan itu, terasa hati yang terluka kembali berdarah akibat hirisan. Hah! Hanya kelu tika saat itu, lutut lemah dan aku terduduk. Reaksi wajah yang mulanya gembira bila panggilan yang berdering adalah nama si dia berubah menjadi muka yang bercampur baur dan sudah pastinya kecewa dan hampa. Aku sedar aku tidak cukup sempurna untuk si dia kerna diriku cukup dengan kekurangan. Pastinya sangat terseksa jika aku melepaskannya kerna aku sangat cintakan dia, aku sangat sayangkan dia. Kenangan bersamamu tidak pernah sesekali aku lupa. Kini, kau menjadi milik orang. Benarlah detik hatiku. Dia kini milik orang.. Bohonglah aku kalau aku mengatakan aku bahagia melihat kamu bersama dia.. Hahhhh! Nafas kian lemah..seolah-olah batu berat menimpa dada..jiwa aku menangis tatkala mengenang saat aku melihat kamu dari jauh.. " I just can see you from a distance.. never hold you anymore, never. " Perancangan hidupku telah pun aku rangka, tapi kini salah satu impianku pastinya tidak kesampaian. Wallahhu'alam kerna perancangan Allah itu hebat. 





Ya Allah Ya Tuhanku, aku sedar ini adalah ujian dariMu.. 
Namun hambaMu ini sangat lemah dan tak terdaya menanggung perasaan kecewa. 
Ya Allah, permudahkanlah urusanku, jadikanlah aku orang yang bersabar menerima ujianMu. 
Hanya kepadaMu lah aku berharap kepadaMu jualah aku berserah.


Kepada si dia, tahniah di atas pernikahanmu bersama jodohmu dari Allah. Moga berbahagialah di samping suamimu. Aku redha, dan aku mesti terus ke hadapan tanpa menoleh ke belakang kerna aku tahu akan ada sinar menantiku di sana nanti. Pasti! Allah Maha Besar.. Allah Maha Kuasa. 











Thursday 27 September 2012

Ukiran Memoriku

Kini dah hampir kpda tahun akhir dan semester depan adalah semester terakhir kami di KUIS. Rasanya baru sahaja bermula rasa macam baru saja orintasi... Kenangan mula2 mai dulu mmg x boleh lupa sebab baru nak kenai hati masing2.. Tapi bagi aku, depa nie lah tempat aku mengadu gelak tawa sama2 makan tidoq mandi skali ( bilik ayaq lain2 naaa ) haha ;))

muka kami yang nerd masa mula2 dulu

Macam2 aktiviti kami kat bilik, hari2 gelak... mmg pecah perut la, kalau merapu tuh shahrol start sikit ja, aku, annam n faiz mula lah smbung sampai habis cerita. Antara cerita best " Action Kamen " & baru2 nie kisah " Jambang Yang Berbunga" hahahahaha Alhamdulillah untuk Usrahsetiap hari Jumaat, kami dapat naqib yang paling sporting mmg best kleaaa punya tapi JAWA laaa huahuahua

Naqib hat belah kiri nie.. Jawa kannnn???
Ayam hat tengah tuu..misai P.Ramleee
Hat belah kanan nie hensem haha


Semester lepas berlaku sesuatu yang x pernah pun terlintas kat kepala, x pernah rancang atau dirancang.. Kami mcm bergaduh sesama sendiri disebabkan satu isu yg sgt sensitif yg dibuat oleh aku sendiri. Jadi lah versus sikit, Kimi vs Shahrol, Annam, Faiz, Zaim, Que, Hasbi & lain2... Sorry to say bro, aku minta maaf sangat2 atas perkara yg berlaku. Tapi alhamdulillah semester 5 salahku dimaafkan kami kembali pada yang normal.. tapi nak habaq sikit naaaa, HAMPA SEMUA YANG DOK GADOH TERASA DGN AKU PSAI APA? HAISHHHH !! CALLL XMAW AGKAT...heheheeheheheheehe kenagan2 Lepas dari tragedi tu, mula lah panggilan baru "EXTEND" haha

Semester ni Faiz @ Ayam Kokkkkokkkokk dia p praktikal, hmmmm Annam n Shahrol dgn aku ja tggai...Semalam dekat bilik annam, sambil2 makan krepek sempat juga lahhh keluar cerita baru, cerita " JAMBANG BERBUNGA" hahahha Ni semua sebab Shahrol yg tengah angau.. ANGAU psai pa? Haaaa tanya lah dia sndri huahuaha Tapi kan, Faiz nak mai esokkk kami nk p swimming pool..best wowww!! 

Annam & Shahrol





Wednesday 26 September 2012

Cetus Hati Untukmu

Seandainya kau ada disini bersamaku
Mungkin ku tidak sendiri
Bayanganmu selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Ku ingin bersama dirimu
Ku tak kan pernah berpaling darimu
Walau kini ku jauh dari mu
Kan selalu ku nanti
Kerana aku sayang kamu
Hati ini selalu memanggil namamu, dengarlah melatiku
Ku berjanji hanyalah cintaku untukmu
Adakah rindu dihatimu, seperti rindu yang ku rasa
Haruskah ku terus terlena, tanpamu disisiku
Ku kan selalu menantimu
Perasaan ku tetap sama tak kan pernah berubah
Semua kerna hanya untukmu

I really want to be like this with you.. only you <3