Wednesday 28 August 2013

Tinta Buat Mereka

Bismi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim.. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

“Tidak rasa sesuatu kesusahan (atau bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengehtahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya” 
(Al-Hadid : 22 )

Aku dilahirkan dalam keluarga serba sederhana pada saat itu, sedikit baik daripada kakak-kakakku pada era ‘70an hingga ‘80an. Liku hidup mereka lebih susah kerna saat itu pelbagai kerja abah cuba hanya untuk menyara hidup isteri dan anak-anak. Ibu pula kerja di LHDN Alor Star, terpaksa berulang alik dari Guar Chempedak ke Alor Star yang jaraknya lebih kurang 30 km sehala. Keluarga pernah diherdik, dicerca dan dihina lantaran kesusahan kami, tiada siapa dating beraya pun ketika itu. Pelbagai tohmahan dihadapi ibu dan abah. Orang kampung pernah memfitnah abah sebagai pencuri ikan dan perompak sehinggakan dipanggil untuk disoal siasat. Tapi Allah Maha Kuasa, pegawai  polis membatalkan procedure soal siasat kerna melihat akan wajah abah, beliau tahu abah bukan “penjenayah” curi ikan atau perompak.

Dulu yang ku tahu, jika kakak-kakakku inginkan apa-apa terpaksa tunggu hingga hujung bulan maksudnya menunggu ibu dapat gaji. Kalau abah belikan aiskrim, itupun satu berkongsi tiga, sungguh nikmat kerana mungkin itulah satu-satunya aiskrim dalam tempoh setahun, jauh sekali KFC atau McDonald.

Sesusah abah dan ibu, mereka mampu untuk menyara 3 adik lelaki ibu. Tetapi hanya 2 yang tinggal lama dengan ibu abah, dengan niat ibu abah ingin meringankan beban tok dan tokwan. Persekolahan mereka disara ibu abah, pengajian mereka di peringkat tinggi sedikit senayak ibu bantu. Seingat yang ku tahu, ibu selalu berjaga malam utk menemani adik-adik dan anak-anak menemani mereka mengulang kaji pada larut malam dek kerana rasa tanggungjawab dan kasih. Ibu pernah berkata :

“ Biarlah Ibu susah macam mana pun, hampa jangan jadi macam Ibu.. Ibu dulu toreh getah saja, nak mengaji pandai Tokwan tak dak duit. Pi sekolah kayuh gerek saja, nak naik bas 15 det pun tak mampu. Waktu hampa la ni Ibu ada duit mengaji sungguh-sungguh” .

Itulah kasih seorang kakak padak adik-adik dan kasih ibu pada anak-anak, bukan menagih simpati tetapi ingatlah pada saat susah sengan bersama itulah kenagan hidup kita. Ibu pernah gadai gelang emas semata-mata untuk member duit kepada adik lelaki yang belajar di peringkat tinggi sehingga Tok sendiri pernah tanya kepada ibu kemana pergi gelang emas, tetapi Ibu hanya mendiamkan diri. Adik lelaki ibu yg sulung pernah minta baju kemeja abah, abah bagi saja sebab fikirkan adik-adik. Baju abah bukan calang-calang, walaupun susah abah tetap menjaga penampilan, kemas segak bergaya dan abah tidak mahu berpakaian selekeh sebab bagi abah penampilan melambangkan keperibadian. Baju kemeja abah berjenama juga seperti Durban dan Orlando. Pernah juga dulu abah beli Yamaha warna merah, tetapi diambil oleh adik lelaki ibu yg sulung. Tetapi, apa yang diwara-warakan beliau? Beliau mengatakan moto itu miliknya dan menafikan hak milik abah.

Seingat aku, masa balik kampung dengan bas sekitar tahun ’93 hingga ’00,  kami akan turun di Pekan Air Tawar dari Penang. Dari Pekan Air Tawar ke rumah tokwan kami naik teksi yang ada kipas kecil warna biru kat depan. Boleh dikira dengan jari berapa kali adik-adik itu jemput kami di Pekan Air Tawar, sedangkan pada masa itu mereka memiliki Mercedes Benz seorang satu, hasil perniagaan mereka. Tetapi Ibu dan Abah? Masih tiada kereta pada ketika itu, namun sedikit pun tidak mematahkan semangat ibu abah balik kampung.

Kenangan aku beraya di kampung bersama kakak-kakak tahun '93.


Apa perasaan aku balik kampung? Sudah pasti terasa walau pun sedikit ataupun terlintas di benak hati bahwa aku  cemburu, sedih dan iri hati. Aku masih kanak-kanak ketika itu, balik kampung melihat sepupu aku semuanya berpakaian mahal, kasutnya ada lampu “lip lap” dan aksesori lain yang mahal. Sudah tentu aku juga inginkan, sudah pasti aku cemburu! Apakan daya, rintihan seorang budak siapa yang dengar? Melihat mereka pulang ke kampung dengan kereta mewah dan aku pula balik kampung dengan bas, sudah tentu aku rasa sedih! Kerana aku balik dengan bas, perasaan seorang budak yang teringin rasa apa perasaan naik kereta malahan kereta mewah? Melihat mereka bawa balik lebihan ayam KFC atau burger masa tu, sudah pasti aku iri hati! Aku masih budak! Pasti teringin makanan sebegitu.. tetapi aku tidak mampu berbuat apa-apa, aku memahami apa yang dihadapi oleh ibu abah. Walaupun kami pulang kampung dengan menaiki bas, tidak pernah sedikit pun aku rasa malu. Aku selalu duduk dengan ibu di depan, Ibu selalu kata “ Muhammad mai duk dengan Ibu kat depan, boleh tengok kereta banyak”Saat itu saat bahagia ibu memeluk ibu dan tidur di atas riba ibu dan hisap botol susu.

Inilah wajah yang aku kasih dan sayang. Mereka inilah permata hati dan cinta agungku.

 Ya Allah, Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang
beriman kepadaMu


dan


Berbakti kepada kedua ibubapaku.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
Bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
Aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya
Allah


Terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka
Kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh" kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.


Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku berjaya
Kini,keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
Kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
Tidur malam mereka aku ganggu


Titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
Harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku


Namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah.

Haramkanlah wajah mereka daripada api neraka
Moga syurgalah untuk mereka.

Ameen.


Adik lelaki ibu yg sulung pernah menghulurkan RM 50 pada sanak saudara ( saudara jauh ) yang lain tetapi kakak yang menyara beliau tidak dihulurnya walaupun seringgit, apatah lagi kepada kami. Kemudian sering kali kejadian pelik dan aneh yang berlaku, acap kali ibu abah balik pasti dipesan adik-beradik ibu untuk bawa balik apa-apa macam ikan talang, beras pulut dan macam-macam lagi. “ Dey macha! Dahlah kami balim naik bas, hampa order macam-macam pastu benda mahai plakkk tu, hampa kan kaya belaka!!”. Mahu saja aku hemburkan kepada mereka, tetapi tidak mampu apabila teringat didikan ibu.

Ibu kerap kali juga buatkan pakaian sekolah untuk anak-anak adik lelaki ibu yg sulung dan mengajar pelbagai doa untuk belajar. Pakaian sekolah sepasang pun dah berapa, [3 pasang  X hampir setiap tahun X harga sepasang = ??] Tetapi Ibu tidak pernah merungut sebab, bagi Ibu tidak apalah, nanti anak-anak saudara akan ingat. Tetapi, hari ini ke manakah mereka? Kemanakah mereka yang Ibu belai seperti anak ibu sndiri? Ini bukan soal ungkit tetapi ini soal kenang budi.

Aku sebagai anak ibu abah tidak pernah lupa sedikit pun jasa mereka pada aku dan kakak-kakak. Jauh di sudut hati, masih terkenangkan jasa mereka. Isteri pada adik lelaki ibu yg sulung senantiasa mengambil berat pasal aku, diberinya 2 buku rujukan Sejarah PMR, aku guna sebaik mungkin.  Alhamdulillah keputusan Sejarah PMR dapat ‘A’.  Lantaran onak dan duri yang mereka lakukan kepada ibu dan abah, sukar sekali untuk aku maafkan melainkan mereka langsaikan apa yang semestinya mereka langsaikan. Mereka ini hanya “menanam tebu di tepi bibir”, segala kata-kata daripada mulut durjana itu tidak boleh dipercayai. .

Pepatah melayu ada mengatakan "ibarat melepaskan anjing tersepit”. Maksudnya ialah menolong anjing yang tersepit, sesudah lepas ia menggigit, dengan erti kata lain apabila kita menolong seseorang yang dalam kesusahan kemudian kesusahan itu sudah lenyap maka kita pula yang disusahkannya.

Inilah manusia yang tidak tahu kenang budi.....bersambung...




Tuesday 27 August 2013

One Million Roses

Oh, so long ago when I came from a star into this world
I heard a soft voice that told me to give love and return
The flower that only blooms when you’re in love
I was told to make one million of them blossom

The rose of love that only blossoms 
when you’re sincerely in love without any heart of hatred
When you can love unconditionally, one million flowers will bloom
Then I can return to my beautiful star

What is true love? I shed tears of agony
There were so many that I farewelled, it was such a sad love
After countless year has passed, giving your all, including your life..
It appeared suddenly like the rain that’s the love that knew me

Without any heart of hatred..
When you can love unconditionally one million flowers will bloom
Then I can return to my beautiful star

Eventhough everyone leaves but love will continue
They’re the destiny that came from that star, 
they’re love I waited dearly for.





Sunday 16 June 2013

Amy Sayang Abah

Dedicated To My Beloved ABAH, Haji Harun Jusoh Sempena Hari Abah

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu. 


Monday 3 June 2013

That Man


One man loves you, that man loves passionately
He follows you around like a shadow
He’s smilling, but he’s crying
How much longer must he just watch like this?

This love like wind, this love is like a beggar
Must I continue for you to love me?
Just come a little closer.
If I take one steps, you run two steps.

I love you I’m still here
That man cries, Do you know that man is me?
You don’t know, do you?
You prabably don’t know. You’re fool.

That man has a sad character
That’s why he learened to smile
Even to a close friend, He can’t say a lot
He’s full of pain.


I must move forward without looking back



To Her : " Although I have to tell you that I want to retreat but my heart still loves you. Now, you were owned by other men. Me? Only see from a distance. " - Kimi Mirhan