Thursday 6 December 2012

Kisah Hati 3 : Liku Kian Berliku


Badan mulai lemah hati makin parah. Inilah aku rasa, cukup menyeksakan dan kini aku hanya manusia biasa tanpa cinta. 1 tahun 5 bulan bersamaan  17 bulan  bersamaan  510 hari bersamaan  12 240 jam bersamaan 734 400 saat adalah tempoh yang belum cukup untuk menawan hati si dia. Sebenarnya aku sangat tidak layak untuk dirinya yang cukup baik. I’m not good enough. Selain tu, boleh juga dikatakan aku belum cukup hebat dan mampu menyaingi cinta pertama si dia kerna aku tidak berbakat, aku tidak pandai menyanyi untuk si dia seperti mana cinta pertamanya menanyi untuk si dia. Maafkan aku, aku hanya insan kerdil penuh dengan kelemahan. Bila difikirkan kembali, " Kenapalah aku boleh jatuh hati pada si dia sedangkan aku dan dia ibarat langit dan bumi ? ". Jauh perbezaan, aduh malunya aku. Keluarga si dia berasal daripada alim ulama’ tapi aku hanya berasal dari keluarga sederhana yang tak mengerti apa-apa. Fikiran melayang memikirkan nasib, aku sedar aku tiada apa yang boleh dibanggakan. NOTHING! Just feel like my body full of mud hah! What can I do?

Aku lupa bahawa ramai lagi pelajar Mesir, Jordan, Yaman atau mana-mana lagi negara yang bakal pulang ke Malaysia merupakan bakal ustaz, pendakwah mahupun pegawai jabatan agama, itulah selayaknya untuk si dia. Hahhhhhh!! Aku??? Apa pun takdak… Ada hati nak pada si dia. Mana layak, tak layak lansung lah. Aku hanya budak kacamata, botak, buncit, gelap dan budak kampong. Janganlah mimpi di siang hari, ingat fairy tale? Orang akan hanya gelakkan aku.. itu saja.

Namun hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku mecintai si dia, hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku menyayangi dirinya hanya Allah sahaja yang tahu betapa berharganya dia padaku. Aku tak sanggup melepaskan si dia, tak sanggup melihat si dia pergi hilang dari pandangan pancainderaku apatah lagi lelaki lain yang menyarungkan cincin di jari manis si dia dan mencium dahinya. Saat itu aku hanya mampu melihat dari jauh, hanya mampu berpeluk tubuh. Tapi apakan daya, realitinya  aku mesti mengukur baju di badan sendiri. Paling penting, aku perlu redha setiap ketentuanNya kerna aku tahu Dia Maha Besar dan Maha Mengehtahui. 

Hati ini bukanlah mudah tertawan pada sesiapa, pernah dikhianati dan dilukai. Aku pastinya susah menerima seseorang untuk menjadi sebahagian cerita hati dalam hidup aku.  “ Hati lepas ini jangan lagi ya jatuh cinta

tiada hadir cintaku dalam hati si dia..akur, dia ingin bersendiri dan bebas.

No comments:

Post a Comment