Wednesday 4 May 2011

Mengimbau Memori Changkat Chermin

Dari zaman kanak2 kakak sulung aku lagi, Hanira Farkimie ibu dan abah bawa kami 4 beradik rabat (naik) bas..hanya kerana nak balik kampung halaman sebelah ibu di Kg. Changkat Chermin, Ayer Tawar Perak Darul Ridhuan. Even masa tuh ibu abah susah tapi x penah bagi alasan kt tokwan n tok untk sekali skala balik. Setiap kali kami sekeluarga balik kampung, konpem lah tokwan beli macam2 untuk anak cucu. 

Haji Hasan & Hajjah Aishah


Bila semua balik semestinya gamat rumah tokwan..riuh-rendah gilarr sebab bukan selalu berkumpul. Kenangan masa kecik2 main dengan sepupu..aku seorang saja sepupu lelaki yg besaq sebab sepupu laki yg lain kecik lagi. kami main dengan penuh gelak tawa, makan sama2, mengai kat kolam tokwan n main ndoi (buaian) bawah rumah. Ndoi tu lah paling mengusik jiwa..di situlah tokwan berehat lepas penat bekerja n berkebun sehari suntuk.

Namun, pada 26 Mac 2001 bersamaan 1 Muharram 1422, tok aku Hajjah Aishah telah menghembuskan nafas terakhir. Berita yang sangat mengejutkan sebab time tuh tok sihat wal'afiat. Apakan daya, Allah lebih sayang tok aku. Kemudian, tokwan aku menyendiri n sunyi selama 4 tahun dengan pemergian tok aku ke Rahmatullah. Ajal maut Allah yang tentukan, tepat 9.16 pm 16 Disember 2005 tokwan aku pulak, Haji Hasan meninggal dunia akibat sakit tua. Semua anak, cucu n cicit ada di samping pada saat akhir. Al-Fatihah untuk kedua-dua tokwan dan tok yang sangat aku sayang..




30 Mei 2011..aku balik ke kampung setelah hampir 6 tahun lah aku x balik. Macam2 perubahan tak kira dari segi infrastruktur ka atau apa. Masa dalam keta, mmg terasa nak menitis ayaq mata. rindu di hati hanya Allah sahaja yag tahu.  La ni, rumah tokwan x dapat kami jejak lagi walaupun rumah tuh penuh seribu satu kenangan. Semua ni akibat daripada hamba Allah yang durjana, tamak haloba dan rakus mengejar kekayaan di dunia yang hanya sementara. Hanya kerana duit, hubungan sesama adik beradik terputus dan kasih sayang berubah menjadi dendam. Ya Allah Ya Tuhanku! tabahkanlah hambamu ini menghadapi segala ujian yang Engkau berikan..amin.


Sunday 24 April 2011

Tawakal kepada Allah..Amalan Doa

Urm terima kasih kepada my lil sis, Farihan Azimie..dia yang bagi doa-doa ni untuk amalan seharian. So, kita share dengan suma orang dan amallah doa ni! Insyaalah..


Doa Bila Dalam Kesusahan

Doa Untuk Penyakit
Doa Solat Istikharah

Doa Kepada Jemaah Haji

Doa Mohon Keampunan & Ar Rahman

Doa Pembuka

Doa Pendinding Diri

Doa Angin Ahmar

Doa Segala Penawar

Doa Menguatkan Ingatan

8 Petanda Dia adalah Jodoh Kamu

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?
Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Picture by : Amizi Majid


Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

My Dream Comes True ! !

Alhamdulillah impian yang sebelum ini hanyalah angan-angan kini menjelma menjadi kenyataan. Walaupun sudah hampir 3 tahun berminat dengan fotografi, 20 April 2011 tarikh keramat aku memiliki si dia. Insyaallah peluang yang ada akan aku manfaatkan sebaik mungkin.


Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan keluarga kepada aku yang sentiasa menyokong segala impianku. Kepada Hanira Farkimie ! Thanks a lot my dear... sokonganmu takkan ku lupa hingga akhir hayat! Mungkin    rezeki terbuka, Insyaallah aku mahu melibatkan diri dalam bisnes foto kahwin. Kini usaha mesti berlipat kali ganda sebab aku hanya budak mentah yang baru bermula meneroka dunia fotografi..amin. Aja! Aja! Fighting Kimi!!
Nikon D90

Saturday 26 March 2011

Axe Raya di Oversea

Tanggal raya kedua 1431 / 2010 Axe Gang beraya di Puncak Gunung Jerai. Time tuh asalnya beraya di rumah Kimi then timbul idea untuk photoshoot kat gunung Jerai. So kami pon bergerak dengan 6 buah moto meredah jalan yang agak susah untuk ke puncak sebab selekoh jalannya agak tajam dan jalan pon licin. Selepas 20 minit kami samapi di puncak. Keadaan sangat sejuk ditambah pula dengan pemandangan padi yang hijau ketika tu. So inilah antara yang sempat kami snap.


Baim yang kadang2 skema tapi dialah penghibur dalam Axe Gang.

Saya yang agak pendiam pemalu pulakk tuu HAHA

Pose di persimpangan antara Telaga Tok Syeikh dan Regency Hotel

Semoga persahabatan kami berpanjangan hanya ajal yang memisahkan kami


Izwan yang ambil kesempatan bergambar

Azariza yang macho..

Sir Zubet!! Simple guy but fulfill with ideology


Dari kiri atas : Zubet, Baim, Kimi & Zaid
Dari kiri bawah : Aza & Izwan

Corat-coret Aidilfitri 1431 di oversea








Nie plak gambar2 tyme kami nakal 2007-2008 SMJK Keat Hwa




Kini genap Axe Gang selama 4 tahun sejak tahun 2007. Dulu kami dipenuhi zaman-zaman nakal masa sekolah..Macam-macam kami lakukan termasuk fly di kelas ikot tingkap even tgkat 2 haha bagi gelaran pelik-pelik kat cikgu-cikgu kami. Contoh Sir Jerome (English)= Jerong Cikgu Rosli (Kimia) = Bang Li Ustazah Zauyah (PI) = Markonah & lovely cikgu, Cikgu Rosnah (Bm) = Mak Nah. Walaupun geng kami ni nakal tapi suma otak ceqedik belaka seab buat benda jahat mamang terer lah!! HAHA Alhamdulillah sejak menamatkan zaman persekolahan 2008 kini kami suma berjaya melangkah ke menara gading.

Zubet - IPG Kota Bharu
Izwan - UiTM Merbok
Hammal - UiTM Seri Iskandar
Baim - Polimas
Bell - UniKL
Kimi - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Azariza - Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Zaid - UiTM Pulau Pinang

Aidiladha 1430 di Perantauan

2009!! Tahun aku mengembara ke selatan tanah air, Johor. Stahun kat sana sebab tuntutan belajar dan aku terpaksa meninggalkan ibu dan abah. di sana aku tinggal di Skudai bersama kakakku Azira & Farida. So kali pertamalah beraya Aidiladha di perantauan...Fuhh!! Memang sedih kott dalam hati x pernah2 beraya di tempat orang tetapi sebelum tuh Adilfitri 2009 beraya ngn ibu abah. Pagi raya tuh kami adi-beradik solat raya di Masjid Taman Universiti, Skudai. Lepas tuh kami wat keputusan nak beraya di Mersing, rumah kawan kakakku yang no 2, Kak Zila. 

Perjalanan ke Mersing melalui Kulai dan Kota Tinggi memang memeningkan aku yang berada kat belakang. Huh!! meloya larhh...last2 pas 1 sjam lebih perjalanan kami sampai kat rumah kak Zila di Felda Tenggaroh 2. Urm layanan keluarga Kak Zila memang meyentuh hati lahh bila mak dia jamu makan yang istimewa. Tambah pulak aku bersembang dengan ayah Kak Zila macam dah lama kenal. Tapi paling menyentuh hati sebelum balik aku berpelukan dengan ayah Kak Zila samapai dia menitiskan air mata dan berpesan supaya kami adik-beradik p lagi rumah dia. 

Atas sebab 1st time p Mersing, Kak Zila ajak p Tanjung Leman. Fuhh!! Terbaik sebab NO SAMPAH & pasir puteh bersih. Nie lahh shot yg kami amik :


Aku & Kdae berpose konon2 gedikss HAHA

Sekali tengok macam SAMI!! hehe

AdFarimie

Bumblebee mati laa :(

Kimi Mirhan

Panas lahhhhh!!!

AdFarimie

Mirhan & Irhan Ridamie

Menggoda x??huhu

usha sikettt..

Friday 25 March 2011

Khidmat Komuniti Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang KUIS di MITIB, Banting.

Bersama Tuan Zulhelmi, OCVAD BSMM Cabang Kuis 2010/2011
Sesi psikologi terapi " Senyum"
*saya serius pulakk

Tuan Zulhelmi memberi penerangan mengenai PCA

Tuan Ahmad Shamil, OC Trainning BSMM Cabang Kuis memerhati para pelatih.

Demo praktikal CPR yang ditunjukkan oleh Tuan Zulhelmi

Pelajar di Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar, Banting

Menjamu selera setelah Sesi Pagi tamat.

Senyumanmu menarik

Pertandingan balutan yang diadakan

Para pelatih wanita BSMM Cabang Kuis Seksyen 3, 8 & 9

Penyampaian sijil penyertaan kepada para pelajar MITIB oleh Ustaz Anas, Pengetua MITIB

Pose candid setelah selesai program khidmat komuniti

Kumpulan 1 yang mempamerkan prestasi memberangsangkan

Memoribilia BSMM Cabang Kuis Seksyen 3, 8 & 9 di Istana Jugra, Banting
Pose terakhir bersama OC Trainning 2010/2011, Tuan Ahmad Shamil